Wednesday, November 9, 2011

Istigfar itu rezeki

Al-Qurthubi meriwayatkan kisah dari Ibnu Shahib:

Pada suatu hari ada seorang lelaki mengadu kepada Hasan Al-Basri tentang masalah yang menimpanya.
Hasan Al-Basri lantas berkata kepadanya "beristigfarlah kepada Allah"

seterusnya datang pula seorang lelaki yang lain berjumpa dengan Hasan Al-Basri mengeluh mengenai kemiskinan yang menimpanya. Hasan Al-Basri lalu berkata kepadanya, "beristigfarlah kepada Allah"

berikutnya datang pula lelaki yang lain datang dan mengadu kepada Hasan Al-Basri, "wahai Hasan,doakan kepadaku agar Allah mengurniakan kepadaku anak". Hasan Al-Basri kemudian berkata kepadanya, "Beristigfarlah kepada Allah".

datang lagi seorang lelaki yang lain mengeluh tentang kebunnya yang kering kontang. Hasan Al-Basri kemudian berkata kepadanya, "beristigfarlah kepada Allah."

Ar-Rabi lantas berkata kepada Hasan Al-Basri, "beberapa orang lelaki telah berjumpa dengan engkau wahai Hasan, mengeluhkan pelbagai masalah, akan tetapi engkau menyuruh mereka semua beristigfar?"

Imam Hasan Al-Basri menjawab, "aku sama sekali tidak akan mengatakan apa pun dari diriku sendiri. sesungguhnya Allah berfirman:

"maka Aku katakan kepada mereka;"mohonlah ampun kepada Tuhanmu-sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun-nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai" [Nuh(71):10-12]

No comments:

Post a Comment