Monday, November 28, 2011

PENGASIH


Lama ku mencari artinya kasihmu
Suara bergemetar memuji namamu
Dalam rasa syahdu, lafas dan tafakur
Kesyukuran aku kerinduan

Jauh ku mencari artinya rahmatmu
Titis air mata menatapi kurniaanmu
Dalam gema takbir lirik dan kalimat
Keinsafan ku abdikan cinta untukmu

Limpahilah segala restu hidayahmu
Dibumi kian ketandusan keinsanan
Kembalikanlah kami kejalan yang kau berkati
Anak dunia kini tak putus, disengsari di sana sini
Padamu pengasih…padamu pengasih…
Ku bermohon

Limpahilah segala restu hidayahmu
Di bumi kian ketandusan keinsanan
Kembalikanlah kami ke jalan yang kau berkati
Anak dunia kini tak putus, di sengsarai di sana sini
Pada mu pengasih…pada mu pengasih…ku bermohon

..kaulah yang maha pengasih

Sunday, November 13, 2011

adib and me

 si comel ni namanya adib....comel macam nama dia juga....subhanallah, sangat nakal, tapi sangat comel....suka tengok dia.cute (^_^)

entah apa yang adib sedang tengok..(^^,)

Wednesday, November 9, 2011

Istigfar itu rezeki

Al-Qurthubi meriwayatkan kisah dari Ibnu Shahib:

Pada suatu hari ada seorang lelaki mengadu kepada Hasan Al-Basri tentang masalah yang menimpanya.
Hasan Al-Basri lantas berkata kepadanya "beristigfarlah kepada Allah"

seterusnya datang pula seorang lelaki yang lain berjumpa dengan Hasan Al-Basri mengeluh mengenai kemiskinan yang menimpanya. Hasan Al-Basri lalu berkata kepadanya, "beristigfarlah kepada Allah"

berikutnya datang pula lelaki yang lain datang dan mengadu kepada Hasan Al-Basri, "wahai Hasan,doakan kepadaku agar Allah mengurniakan kepadaku anak". Hasan Al-Basri kemudian berkata kepadanya, "Beristigfarlah kepada Allah".

datang lagi seorang lelaki yang lain mengeluh tentang kebunnya yang kering kontang. Hasan Al-Basri kemudian berkata kepadanya, "beristigfarlah kepada Allah."

Ar-Rabi lantas berkata kepada Hasan Al-Basri, "beberapa orang lelaki telah berjumpa dengan engkau wahai Hasan, mengeluhkan pelbagai masalah, akan tetapi engkau menyuruh mereka semua beristigfar?"

Imam Hasan Al-Basri menjawab, "aku sama sekali tidak akan mengatakan apa pun dari diriku sendiri. sesungguhnya Allah berfirman:

"maka Aku katakan kepada mereka;"mohonlah ampun kepada Tuhanmu-sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun-nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai" [Nuh(71):10-12]

Thursday, November 3, 2011

Harith Khusyairi

kepada anak mualimah Harith Khusyairi, setiap kali mualimah melihat anta, tergambar pada suatu hari nanti harith akan menjadi seorang anak yang sangat baik hati, seorang anak yang sangat penyayang, seorang anak yang berjiwa kental...kepada harith, mualimah doakan anta berjaya dunia dan akhirat (^^,)













harith telah menang dan mengalahkan mlmh dalam permainan ni...isk..isk 


Saturday, October 29, 2011

betulkan niat

Sheikh Mustafa Masyur:
"hendaklah para ikhwan membetulkan niat mereka di awal amal, ketika di pertengahan amal, dan ketika di akhir amal"

katakan tidak kepada mengumpat

Dari Abu Darda' r.a dari Nabi saw sabdanya:

"Barangsiapa yang menolak seseorang yang hendak mengumpat saudaranya di hadapannya, maka Allah menolak(menjauhkan) diri orang itu dari neraka pada hari kiamat"

hadit riwayat Imam Termidzi, hasan sahih
Kitab Riyadhus Solihin, bab 225, no.1525

(saudara=sesama muslim)

Thursday, October 6, 2011

anak malaysia jadi felo dan pensyarah di oxford..alhamdulillah

http://www.youtube.com/watch?NR=1&v=bafjja39f4I

alahmdulillah, lihatlah bagaimana Dr.Afifi bekorban untuk meraih kedudukan ini,beliau juga bekorban untuk kebaikan ummah sejagat

be
gitulah nilai pengorbanan, jika mahu dimuliakan di dunia, perlukan pengorbanan
dan jika mahu kemuliaan akhirat ju
ga perlukan pengorbanan
asal sahaja pen
gorbanan maka kita akan meraih kemuliaan dunia dan akhirat

negeri untuk anak tidak berdosa

Jumlah kelahiran anak tidak sah iaitu hasil hubungan luar nikah yang direkodkan di Selangor sehingga 2008 ialah seramai 257,000 bayi, sekali gus memerlukan pembabitan semua pihak untuk menangani isu berkenaan. link: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/257_000anakluarnikahdiSelangor/Article
manakala jumlah populasi penduduk negeri perlis sehingga tahun 2010 adalah 213,863: link:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Senarai_negeri_di_Malaysia_mengikut_populasi

maka, jumlah 257,000 anak luar nikah yang didaftarkan di negeri selangor melebihi populasi penduduk satu negeri perlis sebanyak 43,137 orang. !!! sudah boleh ada satu negeri untuk anak-anak yang tidak berdosa ini
statistik juga menunjukkan dalam masa 17 minit 17 saat akan ada seorang anak luar nikah dicatatkan!!!
lihat pula di bawah ini:
Statistik Anak Luar Nikah
Berikut statistik bilangan anak luar nikah di antara tahun 1999 dan 2003.
PECAHAN MENGIKUT NEGERI
Selangor = 12,836
Perak = 9,788
Kuala Lumpur = 9,439
Johor = 8,920
Sabah = 8,435
Negeri Sembilan = 4,108
Pahang = 3,677
Kedah = 3,496
Pulau Pinang = 3,412
Melaka = 2,707
Kelantan = 1730
Perlis = 691
Sarawak = 617
Terengganu = 574
Jumlah = 70,430.
jadi, bagaimana pula statistik dari tahun 2004 - 2011???, jika sehingga 2008 negeri selangor mencatatkan 257,000, bagaimana pula dengan negeri-negeri lain???
mencari solusinya...

nasihat...

"berilah nasihat dengan cara yang paling baik, dan terimalah nasihat dengan apa sahaja cara"

quoted: Mustafa Masyur